Squad Prihatin Saribas Serah Sumbangan Kerusi Roda

UKAS  > Edisi-Tengah >  Squad Prihatin Saribas Serah Sumbangan Kerusi Roda
0 Comments

ISNIN, 13 FEBRUARI 2023

SARIBAS: Squad Prihatin Saribas (SPS) telah turun padang untuk menyerahkan sumbangan bantuan berupa kerusi roda dan bekalan makanan kepada pesakit sakit buah pinggang, Norsiah Amin.

Kerusi roda yang disampaikan oleh badan bukan kerajaan (NGO) tersebut merupakan hasil sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam.

Permohonan ini telah diajukan kepada Mohammad Razi melalui Ketua Squad Prihatin Saribas Kampung Serembang, Kawi Dollah.

Penerima bantuan, Norsiah Amin menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan ADUN Saribas di atas bantuan yang telah disalurkan kepada beliau. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *