ADUN Tanjong Batu Tinjau Tapak Projek Letak Kereta Sementara Hospital Bintulu

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Tanjong Batu Tinjau Tapak Projek Letak Kereta Sementara Hospital Bintulu
0 Comments

RABU, 15 FEBRUARI 2023

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming turun padang untuk memantau kemajuan kerja pembinaan tapak letak kereta sementara di Hospital Bintulu pada Selasa. 

Difahamkan, tapak itu nanti dijangka dapat menampung 150 buah kereta di Hospital Bintulu.

Johnny ketika ditemui memberitahu , beliau akan terus memantau dan memastikan kerja pembinaan tersebut dapat disiapkan secepat mungkin supaya pesakit serta pelawat mempunyai tempat letak kereta yang lebih banyak bagi mengelakkan isu yang tidak diingini  kerana meletakkan kereta di tepi jalan utama. 

Jelasnya lagi, pembinaan lima tapak tempat letak kereta sementara itu akan dibahagikan untuk kegunaan berbez iaitu dua tapak untuk kegunaan warga hospital manakala tiga lagi untuk kegunaan orang awam.

“Saya berharap warga hospital dapat meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta khas yang telah disediakan supaya tempat letak kereta lain dapat dikosongkan untuk orang awam,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Johnny menegaskan, walaupun projek tersebut merupakan penyelesaian jangka pendek, tetapiia juga diharapkan dapat membantu orang awam. 

Sementara itu katanya, beliau akan terus berbincang dengan pihak hospital dan pihak berkuasa untuk mencari satu penyelesaian jangka panjang yang lebih berkesan. 

Turut hadir, Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ngu Tie Hwa dan Kontrator Datuk Major Hii Toh Him. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *