Pembangunan Pelajar Merangkumi Pendidikan Pelbagai Aspek

UKAS  > Edisi-Utara >  Pembangunan Pelajar Merangkumi Pendidikan Pelbagai Aspek
0 Comments

RABU, 15 FEBRUARI 2023

MULU: Pembangunan seseorang pelajar melibatkan pendidikan awal yang merangkumi pelbagai aspek. 

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, selain bidang akedemik, pendidikan juga merangkumi pembangunan personaliti, modal insan dan hubungan antara sesama komuniti.

Jelas beliau, tanpa semua aspek tersebut,  pelajar tersebut tidak dapat mencapai pembangunan secara menyeluruh. 

“Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam  pendidikan anak-anak mereka. 

“Jika mereka tidak mahu datang ke sekolah, dorongan dan nasihat hendaklah diberikan iaitu mengenai betapa pentingnya pendidikan untuk masa depan mereka nanti.

“Selain itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan Mulu di sini pada Selasa. 

Datuk Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu menanbah, kerajaan Sarawak sentiasa membantu institusi pendidikan tempatan di sini. 

Sebagai contoh katanya, dana sejumlah Rm400,000 telah diperuntuk bagi kegunaan serta kerja-kerja menaiktaraf sekolah-sekolah di konstituensi itu. 

Dalam perkembangan lain jelas, kerajaan Sarawak kini dalam proses untuk membangun lima buah Sekolah Antarabangsa sendiri. 

“Ia betujuan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan di mana kos pelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak, sekaligus memberikan peluang kepada anak-anak dari pedalaman untuk menimba ilmu,” ujarnya lagi. 

Dalam majlis tersebut, Datuk Gerawat juga menyampaikan sumbangan projek kecil luar bandar (MRP) untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Batu Bungan berjumlah RM15,000.

Turut hadir, Guru Besar SK Batu Bungan Molly Ping Lenjau dan Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Baram K. Mutharasu K. Krisnasamy. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *