Projek Jambatan Krian Dijangka Siap 2025

UKAS  > Edisi-Tengah >  Projek Jambatan Krian Dijangka Siap 2025
0 Comments

KHAMIS, 16 FEBRUARI 2023

SARATOK: Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan, Ir Aidel Lariwoo telah melakukan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pembinaan projek Jambatan Krian di Saratok pada Khamis.

Jambatan Sungai Krian sebelum ini telah mengalami kelewatan jadual asal disebabkan masalah Covid-19 dan juga beberapa kerja yang melibatkan teknikal sehingga projek terpaksa digantung sementara.

Beliau juga berpuas hati dengan perkembangan terkini di mana kerja-kerja mula dilakukan dengan lebih cepat.

Projek Jambatan Sungai Krian sepanjang 690 meter itu merupakan antara projek perhubungan jalan pesisir Negeri Sarawak.

Dari penjadualan semula projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2025. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *