Umat Islam Di Sarawak Diseru Tuntut Ilmu, Praktik Dalam Kehidupan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Umat Islam Di Sarawak Diseru Tuntut Ilmu, Praktik Dalam Kehidupan
0 Comments

JUMAAT, 17 FEBRUARI 2023

PUSA: Umat Islam di Sarawak diseru untuk menuntut ilmu pengetahuan dan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Mual Suaud berkata, umat Islam digesa agar jangan terlalu mudah percaya dengan amalan yang terpesong daripada akidah sebenar.

“Jabatan Mufti Sarawak juga akan merancang pelbagai program di seluruh Sarawak bagi memastikan umat Islam di negeri ini mengamalkan ajaran Islam yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan Program Ilmu anjuran bersama Pejabat Residen, Pejabat Daerah, masjid dan surau setempat di sini pada Khamis.

Sementara itu, beliau menjelaskan, sekiranya terdapat sebarang masalah, masyarakat perlu merujuk dengan Jabatan Mufti Negeri Sarawak kerana Mufti berperanan untuk menjelaskan fatwa atau permasalahan masyarakat di negeri ini agar selari dengan hukum dalam Islam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penolong Mufti Bahagian Pusat Sumber Jabatan Mufti Sarawak Radiyah Affandi, Pegawai Agama Islam Bahagian Betong Issehuddin Kameri, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Pusa Awang Shukri Awang Mohd Arsyad dan Penghulu Zon Pusa Betong Mahdi Kidi. – Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *