PIBG Sekolah Kebangsaan Penom Spaoh Adakan Majlis Makan Malam

UKAS  > Edisi-Tengah >  PIBG Sekolah Kebangsaan Penom Spaoh Adakan Majlis Makan Malam
0 Comments

SABTU, 18 FEBRUARI 2023

BETONG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Penom, Spaoh telah mengadakan majlis makan malam bagi tahun 2022/2023 sebagai usaha mengumpul dana.

Majlis diadakan pada Rabu itu disempurnakan oleh Penyelia Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Betong Tony Malang Chabu bagi mewakili Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyentuh mengenai pentingnya pendidikan dalam membawa perubahan terhadap sesebuah keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.

Beliau turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 daripada ADUN Bukit Saban kepada PIBG SK Penom selaku Jawatankuasa Pengelola Program.

Sementara itu, Guru Besar SK Penom Richard Tinggi menyeru ibu bapa setempat agar menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah tersebut untuk menambah enrolmen pelajar pada sesi akan datang.

Turut diadakan jualan tiket makan malam, jualan tiket bertuah, sesi memotong kek dan lagu sponsor sebagai usaha mengumpul dana.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi Iban undangan, Maxwell Franklin Saran dan Darrell.

Turut hadir Pegawai Daerah Betong Alfred Geling Ason, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Betong Edwin Agam, YDP PIBG SK Penom Abdullah Sani Talip, Temenggung Richard Mulok Vincent Entering, Penghulu Legam Unggot dan Penghulu Stanley Ejau. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *