70 Wanita Sertai Kursus Pembuatan Pau Di Spaoh

UKAS  > Edisi-Tengah >  70 Wanita Sertai Kursus Pembuatan Pau Di Spaoh
0 Comments

AHAD, 19 FEBRUARI 2023

BETONG: Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban dengan kerjasama Yahos School Of Skills, Kuching telah menganjurkan Kursus Pembuatan Pau di Dewan Masyarakat Spaoh pada Sabtu.

Kursus tersebut disertai seramai 70 golongan wanita di kawasan DUN Bukit Saban yang dari kalangan penduduk rumah panjang, penduduk Kampung Melayu Spaoh dan masyarakat Cina di Pekan Spaoh.

Ia dikendalikan oleh Tenaga Pengajar dari Yahos School of Skills, Jane Willie sambil disaksikan Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Bukit Saban, Natasha Nasa.

Turut hadir Pengurus Pusat Bertauliah Yahos School of Skills, Teresa Billy. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *