Ahli Parlimen Serian Harap Kerajaan Perpaduan Ke Arah Kerajaan Inklusif

UKAS  > Edisi-Utama >  Ahli Parlimen Serian Harap Kerajaan Perpaduan Ke Arah Kerajaan Inklusif
0 Comments

RABU, 22 FEBRUARI 2023

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri Richard Riot Jaem dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong menyamakan kerajaan perpaduan sebagai kerajaan inklusif.

Ini kerana menurutnya, kabinet kerajaan Persekutuan pada masa kini terdiri daripada pelbagai bangsa sama ada Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan Dusun yang menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik dalam mempamerkan konsep penerimaan kepelbagaian.

Di kesempatan itu, beliau menyatakan harapan agar kaum ke-empat terbesar di Sarawak iaitu Bidayuh juga dapat menjadi salah seorang ahli Dewan Rakyat atau kabinet pada masa akan datang.

“Suku kaum Bidayuh ini, saya salah seorang daripadanya. Kita mempunyai beberapa orang juga di dewan yang mulia ini, ada tiga ahli Parlimen, iaitu Serian, Puncak Borneo dan juga Mas Gading,”katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Namun begitu, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim kerana telah melantik anak Sarawak buat julung kalinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, pelantikan tersebut amat bermakna dan merupakan satu penghormatan yang besar bagi rakyat Sarawak. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *