YPNM MIRI Kini Dilancarkan, Lindungi Hak Pengguna

UKAS  > Edisi-Utara >  YPNM MIRI Kini Dilancarkan, Lindungi Hak Pengguna
0 Comments

RABU, 22 FEBRUARI 2023

MIRI: Yayasan Pengguna Negara Malaysia Cawangan Wilayah Sarawak (YPNM) secara rasmi telah melancarkan cawangan terbaharunya di Miri di sini pada Rabu.

YPNM merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar serta ditadbir di bawah Jabatan Perdana Menteri di mana ia berperanan untuk melindungi hak pengguna daripada penindasan dan penipuan oleh pihak seperti pekedai, peniaga, agensi kerajaan dan syarikat swasta.

Menurut Pengerusi YPNM Miri Pengerusi Chong Kong Min, pertubuhan tersebut telah mengenal pasti dan menumpukan fokus kepada tiga misi utama yang terdiri daripada pendidikan, tranformasi dan pelaksanaan.

Tambahnya, YPNM Miri akan menganjurkan seminar dari semasa ke semasa untuk mendidik pengguna tentang hak mereka seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia dan pada masa sama mengubahkan mereka untuk menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab. 

Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *