Wanita Dayak Berperanan Penting Pastikan Anak Dapat Akses Pendidikan Terbaik

UKAS  > Edisi-Utara >  Wanita Dayak Berperanan Penting Pastikan Anak Dapat Akses Pendidikan Terbaik
0 Comments

SABTU, 25 FEBRUARI 2023

BINTULU: Golongan wanita kaum Dayak memainkan peranan penting memastikan anak mereka mendapat akses pendidikan terbaik.

Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak, Datu Ronnie Edward berkata, mereka juga harus bersedia menongkah arus pemodenan sekaligus menjadikan mereka wanita berjiwa kental dan tidak mudah putus asa bagi memajukan diri serta keluarga.

“Pendidikan merupakan cara terbaik bagi setiap individu berjaya dalam kehidupan dengan ilmu serta kelayakan yang dimiliki.

“Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) boleh menganjurkan program motivasi serta ceramah berkaitan kesedaran pendidikan yang boleh diadakan melalui kerjasama jabatan atau agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kursus Kepimpinan Ketua-Ketua Wanita Dayak yang diadakan di Goldenbay Bintulu pada Jumaat.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Pengerusi SIDS Cawangan Kemena Jenny Banga.

Datu Ronnie menambah, beliau telah melihat banyak individu Dayak berjaya dalam kehidupan masing-masing yang mempunyai status kehidupan serta kerjaya yang baik.

Kursus berkenanan yang dianjurkan oleh Tan Sri Empiang Jabu Research Chair dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membincangkan empat topik utama iaitu Adat Istiadat Dayak Iban, Sistem Politik dan Kerajaan dari Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraandan Ketamadunan UPM,  Amalan Komuniti Efektif dan Kepimpinan: Teori, Konsep dan Amalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *