BPHB Kendali 50.73 Juta Tan Kargo Pada 2022

UKAS  > Edisi-Utara >  BPHB Kendali 50.73 Juta Tan Kargo Pada 2022
0 Comments

AHAD, 26 FEBRUARI 2023

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) mengendalikan pengeluaran sebanyak 50.73 juta tan kargo pada tahun 2022.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Dato Mohammad Medan Abdullah, ia merupakan prestasi luar biasa di mana jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 7.6 peratus berbanding tahun 2021.

Jelasnya, BPHB turut meraih pertumbuhan positif bagi kesemua anak syarikatnya.

“Manakala, jumlah ‘vessel calls’ dan isipadu kontena juga mengalami peningkatan masing-masing sebanyak 11.4 peratus dan 4.4 peratus.

“Ini sekaligus mencatatkan 2022 sebagai tahun prestasi terbaik semenjak BPHB mula beroperasi pada 1983,” katanya dalam Majlis Penghargaan Pelanggan BPHB di sini pada malam Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan kerjasama setiap pihak berkaitan yang membolehkan syarikat tersebut mencapai prestasi terbaik itu.

Sementara itu, Dato Mohammad Medan turut mengumumkan bahawa beliau bakal menamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB dengan jawatan tersebut akan disandang Ruslan Abdul Ghani mulai 1 Mac 2023.

“Saya percaya terdapat masa depan cerah untuk Kumpulan Bintulu Port di bawah pimpinan beliau.

“Jadi marilah kita meneruskan momentum dan sinergi sesama diri untuk mencapai prestasi yang lebih baik pada tahun-tahun akan datang,” katanya lagi. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *