7 JKKK Sekitar Tatau Terima Geran MRP

UKAS  > Edisi-Utara >  7 JKKK Sekitar Tatau Terima Geran MRP
0 Comments

AHAD, 26 FEBRUARI 2023

TATAU: Sejumlah RM40,000 Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Tatau.

Antara penerima tersebut termasuk JKKK Rumah Oyau, JKKK Rumah Danggat, JKKK Rumah Jayan, JKKK Rumah Lemu, JKKK Rumah Kelambu, JKKK Kampung Dagang Tatau dan JKKK Kampung Baru Tatau.

Dalam pada itu, satu majlis penyerahan cek kepada penerima telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara Senator Dato Dr Nuing Jeluing di sini pada pagi Ahad.

Beliau berkata, geran tersebut diperuntuk oleh Kerajaan Sarawak bagi tujuan melaksanakan sebarang aktiviti dan juga membantu dalam pembangunan infrastruktur rumah panjang.

“Saya berharap peruntukan ini akan digunakan dengan sebaik mungkin berdasarkan tujuan yang dimaklumkan dalam surat permohonan masing-masing,” katanya.

Turut hadir ialah Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin dan Penghulu Lasit Bajieng. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *