Sembilan Projek Klinik Kesihatan Luar Bandar Di Sarawak Sedang Dalam Fasa Perolehan & Pembinaan

UKAS  > Edisi-Utama >  Sembilan Projek Klinik Kesihatan Luar Bandar Di Sarawak Sedang Dalam Fasa Perolehan & Pembinaan
0 Comments

SELASA, 28 FEBRUARI 2023

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa komited menambah baik prasarana perkhidmatan kesihatan samada membina baharu atau menaik taraf klinik kesihatan sedia ada berdasarkan faktor-faktor tertentu.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa, pada ketika ini, terdapat sembilan projek klinik kesihatan luar bandar di Sarawak yang sedang dalam fasa perolehan dan pembinaan.

“Projek klinik kesihatan dalam fasa perolehan adalah Klinik Kesihatan Daro, Mukah, Klinik Kesihatan Long Napir, Limbang, Klinik Kesihatan Long San, Baram dan Klinik Kesihatan Julau, Sarikei.

“Projek klinik kesihatan dalam fasa pembinaan pula melibatkan Klinik Kesihatan Semop, Mukah, Klinik Kesihatan Nanga Kemalih, Sarikei, Klinik Kesihatan Lubok Antu, Sri Aman, Klinik Kesihatan Lawas dan Klinik Kesihatan Long Busang, Kapit,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Serian, Dato’ Sri Richard Riot Jaem pada persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.

Dr. Zaliha menambah, KKM juga telah mengenal pasti keperluan sebuah klinik kesihatan baharu bagi menggantikan Klinik Kesihatan Batu Niah dan cadangan projek Klinik Kesihatan Sepupok masih di dalam peringkat kelulusan kerajaan persekutuan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *