Program ‘Sayangi Pantai Sayangi Miri’ Tingkat Kesedaran Jaga Kebersihan Pantai

UKAS  > Edisi-Utara >  Program ‘Sayangi Pantai Sayangi Miri’ Tingkat Kesedaran Jaga Kebersihan Pantai
0 Comments

RABU, 1 MAC 2023

MIRI: Program ‘Sayangi Pantai Sayangi Miri’ anjuran Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) akan dapat meningkatkan kesedaran warga setempat untuk bersama menjalankan tanggungjawab menjaga kebersihan pantai. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang berkata, program yang akan diadakan pada 12 Mac depan di Pantai Marina Miri itu akan memberi pendidikan mengenai kepentingan kebersihan alam sekitar. 

“Kita ingin melihat pantai kita berada dalam keadaan baik supaya lebih ramai orang awam yang datang untuk melakukan aktiviti mereka di situ,” katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada ahli jawatankuasa eksekutif NSJA di sini pada Selasa. 

Program itu telah mendapat penyertaan menggalakkan dengan 231 orang daripada 19 pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan telah menghantar penyertaaan mereka. 

Sementara itu, Adam turut mendedahkan Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan menjalinkan kerjasama bersama Universiti Curtin Malaysia, Sarawak untuk menyelesaikan isu berkaitan serangga Agas (sandflies) di pantai Miri. 

Beliau berharap, kajian Universiti Curtin itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi agar lebih ramai pengunjung dapat datang.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *