Pengenalan Industri Gula Apong Kepada Masyarakat Perlu Terancang, Sistematik

UKAS  > Edisi-Utama >  Pengenalan Industri Gula Apong Kepada Masyarakat Perlu Terancang, Sistematik
0 Comments

KHAMIS, 2 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Industri baharu seperti industri gula apong perlu diperkenalkan kepada masyarakat dengan cara yang terancang dan sistematik. 

Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, dengan itu industri berkenaan dapat membuka peluang pekerjaaan dan perniagaan kepada golongan muda. 

“Gula apong terhasil daripada air nira pokok nipah yang dikenali sebagaai pokok apong oleh penduduk tempatan di Sarawak. 

“Pokok apong ini sebenarnya tumbuh subur dan melata di hampir semua kampung dan rumah panjang di kawasan saya. 

“Gula apong juga dipercayai mempunyai kelebihan dan khasiat kesihatan yang tersendiri seperti mengelak dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, 

“Pengenalan industri baharu seperti industri gula apong secara terancang  dan sistematik dapat membuka peluang pekerjaaan dan perniagaan kepada golongan muda serta mereka yang berminat menceburi industri keterjaminan makanan dan menaiktraf sosioekonomi masyarakat tempatan,”katanya dalam Persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu. 

Dalam pada itu, Ir Yusuf juga telah menyuarakan pendapatnya agar beberapa kementerian yang berkaitan untuk membantu dalam meningkat industri baharu yang berpotensi tinggi seperti industri sagu itu. 

” Saya memohon agar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sekiranya dapat menyediakan sokongan dana seperti geran dan pembiayaan modal dan juga saya mohon daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi program pendigitalan ladang dan kilang untuk industri gula apong ini,” ujar beliau lagi.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *