ADUN Pujut Sokong Penganjuran Program Meningkatkan Kecekapan Bomba

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Pujut Sokong Penganjuran Program Meningkatkan Kecekapan Bomba
0 Comments

JUMAAT, 3 MAC 2023

MIRI: Sumbangan sebanyak RM3,000 telah diserahkan kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon 6 yang meliputi kawasan Miri, Lopeng, Lutong, Batu Niah dan Marudi.

Sumbangan tersebut diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang adalah sebagai tanda sokongan kepada Pertandingan Kawad Kecekapan Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK) yang dianjurkan.

“Saya bersetuju untuk menyumbang RM3,000 kepada Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon 6 atas tanda sokongan terhadap penganjuran Pertandingan Kawad Kecekapan UKTK bagi tahun ini.

“Diharapkan pertandingan ini akan menjadi acara tahunan bagi mengekalkan tahap kecergasan dan kecekapan pegawai bomba di bahagian Miri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan dan Penutupan Pertandingan Kawad Kecekapan UKTK dan Kursus Asas Keselamatan Kebakaran Bomba Komuniti Majlis Bandaraya Miri Peringkat JBPM Zon 6 Sarawak Tahun 2023 di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Adam turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada setiap pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam memastikan kedua program berjaya dilaksanakan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Tiong Ling Hii dan Wakil Ketua Penguasa Bomba Zon 6 Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *