ADUN Tanjong Batu Gesa Kontraktor Percepat Pembinaan Projek Bina Pagar Tadika Methodist Bintulu

UKAS  > Edisi-Utara >  ADUN Tanjong Batu Gesa Kontraktor Percepat Pembinaan Projek Bina Pagar Tadika Methodist Bintulu
0 Comments

JUMAAT, 3 MAC 2023

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming menggesa pihak kontraktor yang menjalankan projek membina pagar Tadika Methodist di sini untuk mempercepatkan kerja-kerja mereka.

Beliau berkata, ini kerana projek berkenaan telah mengalami kelewatan selama dua bulan daripada tarikh yang sepatutnya

“Saya telah berbincang dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Bahagian Bintulu dan kontraktor untuk mempercepatkan pembinaan Pagar di Tadika Methodist kerana projek tersebut sudah terlewat dua bulan dari tarikh projek siap,”

“Jangan bila saya datang meninjau perkembangan projek baru hendak memberitahu bahawa ada masalah, kalau saya tidak datang meninjau semua kata tidak ada masalah.

“Sepatutnya maklumkan awal apa masalah dihadapi supaya dapat sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan projek tertangguh,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau perkembangan projek Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Pagar Jenis Anti Climb di Tadika Methodist dan Tanah Perkuburan Methodist serta Projek Membina Penutup Parit Besi dan Pagar Besi Keselatam Taman Sutra di sini pada Jumaat.

Beliau juga berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat membantu menaiktaraf parit di hadapan tanah perkuburan Methodist kerana keadaan parit tersebut kurang sesuai memandangkan parit di hadapan tanah perkuburan Angelican dan Roman Katholik sudah dinaiktaraf.

Hadir sama dalam tinjaun itu ialah Penolong Jurutera JKR Bahagian Bintulu Ngu Tie Hwa.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *