Bantuan Mangsa Banjir Daerah Meradong Sudah Diagih

UKAS  > Edisi-Tengah >  Bantuan Mangsa Banjir Daerah Meradong Sudah Diagih
0 Comments

JUMAAT, 3 MAC 2023

MERADONG: Setiap agensi kerajaan telah menyediakan laporan mengenai beberapa kawasan yang telah mengalami banjir dan tanah runtuh di Daerah Meradong. 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, bantuan bencana telah mula diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Daerah Meradong. 

“Selain itu, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat juga turut membantu dalam membuat rondaan dan pemantauan di kawasan yang mudah berlaku banjir dan tanah runtuh,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Bencana Daerah Meradong di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong pada Khamis. 

Justeru beliau berharap jalinan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan terus dikekalkan bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat memerlukan. 

Datuk Ding kemudiannya melawat ke beberapa kawasan terjejas dan mendapati terdapat harta benda yang mengalami kerosakan teruk. 

Sehubungan itu, beliau bersetuju menyumbangkan lampu solar kepada Rumah Michael, Jalan KJD Bintangor yang terputus bekalan elektrik kerana meter elektrik rosak akibat banjir.

Datuk Ding dalam pada itu memuji tindakan para tuai rumah kerana memainkan peranan yang amat penting dalam menangani bencana banjir kali ini dan penduduk rumah panjang juga saling bantu membantu.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *