27 Kanak-Kanak Sertai Program Sunathon Perpaduan KRT

UKAS  > Edisi-Utara >  27 Kanak-Kanak Sertai Program Sunathon Perpaduan KRT
0 Comments

SABTU, 4 MAC 2023

MIRI: Seramai 27 kanak-kanak warga Pujut Tanjung Batu menyertai Program Sunathon Perpaduan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Dewan Kampung Pujut Tanjung Batu di sini pada Sabtu.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, program bersunat diadakan di kawasan kampung ketika musim cuti persekolahan adalah amat sesuai untuk memudahkan segala urusan ibu bapa atau penjaga anak-anak yang bersunat.

“Disebabkan kanak-kanak ini kebanyakannya bersekolah,  maka musim cuti sekolahlah merupakan masa yang paling tepat untuk para ibubapa atau penjaga membuat perancangan untuk membawa anak-anak mereka bersunat.

“Ini juga disebabkan kepadatan di Hospital Miri agak ramai dan sukar untuk mendapatkan tempat, maka program bersunat di kawasan kampung seumpama ini ketika musim cuti persekolahan adalah sesuai sekali untuk memudahkan segala urusan,” katanya semasa berucap dalam majlis perasmian program berkenaan.

Program anjuran KRT Kampung Pujut Tanjung Batu Miri ini merupakan program pertama KRT yang lain dari aktiviti biasa sebelum ini.

Ia memberi peluang kepada KRT Kampung Pujut Tanjung Batu untuk berkerjasama dengan agensi lain khasnya pihak Hospital Miri serta memberi peluang dan memudahkan ibu bapa dan penjaga terutama mereka yang berada di Kampung Pujut Tanjung Batu menguruskan hal bersunat anak mereka.

Program bersunat tersebut turut dibantu oleh para petugas yang terdiri daripada ahli jawatankuasa KRT Kampung Pujut Tanjung Batu dan pasukan perubatan yang melibatkan doktor perubatan dan jururawat.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *