120 Penduduk Telang Usan Sertai Taklimat Pengagihan Anak Benih Durian

UKAS  > Edisi-Utara >  120 Penduduk Telang Usan Sertai Taklimat Pengagihan Anak Benih Durian

AHAD, 5 MAC 2023

MIRI: Kerajaan komited untuk menggiatkan aktiviti menanam pelbagai jenis hasil pertanian dalam kalangan penduduk tempatan khasnya di kawasan luar bandar.

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk penganjuran program taklimat mengenai pengagihan anak benih buah durian jenis ‘Blackthorn’ dan juga IOI di sini baru-baru ini.

Difahamkan, program anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Miri dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan itu disertai kira-kira 120 orang termasuk Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta wakil dari 88 buah kampung di daerah Telang Usan.

Para peserta diberi taklimat daripada wakil Jabatan Pertanian Roselind Anyi di mana ia bertujuan untuk mempelbagaikan produk pertanian bagi masyarakat Baram khususnya Telang Usan selain memprosikan buah tersebut sebagai salah satu produk pertanian yang mampu berkembang pesat pada masa depan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau telah hadir bagi menyempurnakan program tersebut.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Charles Balan Seling dan Pegawai Pertanian Bahagian Miri Hafriz Razak. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *