Lions Club Kuching Anjur Tayangan Perdana ‘Rajah The Movie’

UKAS  > Edisi-Selatan >  Lions Club Kuching Anjur Tayangan Perdana ‘Rajah The Movie’
0 Comments

AHAD, 5 MAC 2023

KUCHING: Lions Club Kuching telah menganjurkan Tayangan Perdana ‘Rajah The Movie’ bertempat di Golden Screen Cinema (GSC) The Spring, Kuching di sini pada Ahad.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian telah hadir bagi merasmikan tayangan perdana sekaligus menonton filem bersejarah tersebut.

Di kesempatan itu, Dr Sim mengucapkan tahniah kepada Lions Club yang dipengerusikan oleh Naib Gabenor Lions Club International, Annie Ho kerana terus berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja dari segi amal tetapi juga nilai dan semangat.

Jelasnya, hasil daripada tayangan perdana itu nanti akan disalurkan untuk kerja amal. 

“Pihak produksi memainkan peranan penting dalam menghasilkan filem yang berkualiti demi kepuasan penonton.

“Barisan pelakon juga menunjukkan usaha yang tinggi dalam memastikan penyampaian sesuatu watak itu berhasil dan sampai kepada penonton,” katanya kepada media. 

Filem ‘Rajah The Movie’ yang mengisahkan sejarah Sarawak diterbitkan bersama oleh penerbit dari Hollywood, Hong Kong dan Sarawak, Malaysia. 

Diadaptasi daripada kisah sebenar Rajah Pertama Sarawak, James Brooke, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bermula pada 9 Mac ini.

Untuk rekod, penghasilan filem tersebut telah menelan kos berpuluh juta dollar. 

Hadir sama Presiden Lions Club of Kuching Oriental Linna Chieng, Penerbit Filem Rajah Rob Allyn, Barisan Pelakon Utama Josie Ho (Pelakon Hong Kong), Bront Palarae, Shaheizy Sam, Peter John dan Kahar Jini. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *