Mangsa Kebakaran Di Mukah Terima Bantuan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Mangsa Kebakaran Di Mukah Terima Bantuan
0 Comments

RABU, 8 MAC 2023

MUKAH: Nasib 12 mangsa kebakaran di Kampung Sungai Alo, Mukah mendapat simpati Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.

Bagi meringankan beban mereka, beliau telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM10,000 dan juga beberapa keperluan asas dan makanan kepada keluarga mangsa.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Pusat Khidmat Mukah, Almalhakim Norshidi dan beberapa kakitangan Pusat Khidmat pada Isnin.

Dalam pada itu, Dato Hanifah berharap agar semua ahli keluarga mangsa tabah dalam menghadapi ujian yang menimpa dan berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Beliau juga menyeru agar mana-mana pihak tampil untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 7 malam pada 1 Mac lepas meranapkan sepenuhnya rumah yang didiami seramai 12 penghuni. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *