Permohonan Projek Pembangunan Semula 9 Sekolah Di Parlimen Puncak Borneo Dipertimbang Dalam RMLT

UKAS  > Edisi-Utama >  Permohonan Projek Pembangunan Semula 9 Sekolah Di Parlimen Puncak Borneo Dipertimbang Dalam RMLT
0 Comments

RABU, 8 MAC 2023

KUALA LUMPUR:  Permohonan projek pembangunan semula atau menaik taraf Sembilan bangunan sekolah daif di Parlimen Puncak Borneo akan dikemukakan secara berfasa kepada pihak agensi pusat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak lapan projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah-sekolah dalam Parlimen Puncak Borneo telah diluluskan di antara tahun 2017 hingga 2021 dengan kos peruntukan berjumlah RM22.83 juta.

Menurutnya, sembilan buah sekolah di bawah Parlimen Puncak Borneo telah dikenalpasti dan dikategori sebagai sekolah dengan bangunan daif.

“Daripada jumlah itu lima sekolah berada dalam skala 6 dan empat berskala 7,” katanya semasa menjawab pertanyaan jawapan lisan daripada Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin di Dewan Rakyat pada Isnin. 

Tambah Fadhlina lagi, daripada lapan projek tersebut, lima projek telah siap sepenuhnya, satu projek di peringkat pembinaan iaitu di SK Kambug dan dua projek di peringkat pra bina iaitu di SK Sebanban dan SK Sitang Petag.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *