Projek BALB Wilayah Sangan Bermula Februari 2024

UKAS  > Edisi-Utara >  Projek BALB Wilayah Sangan Bermula Februari 2024
0 Comments

JUMAAT, 10 MAC 2023

BINTULU: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Wilayah Sangan akan bermula pada Februari tahun depan. 

Projek yang bernilai  RM137,837,000 itu merangkumi pembinaan loji rawatan air baharu, sembilan kuarters kediaman, pengambilan air mentah, tangki air (tangki air aras tinggi dan tangki air aras rendah) dan sistem pam penggalak. 

Projek tersebut juga dijangka memberi manfaat kepada 72 rumah panjang, Klinik Kesihatan Sangan dan empat sekolah berhampiran. 

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti Zon A, jajaran paip retikulasi dari Simpang Tatau Sangan ke Sempadan Bahagian Sibu, Zon B, jajaran paip retikulasi dari Jalan Tatau ke Sangan, Zon C, jajaran retikulasi air dari Jalan Sangan ke Rh Junus, SK Bagiau, Zon D, jajaran Paip retikulasi  air Pekan Sangan dan kawasan seberang sungai dan sebahagian Zon E, jajaran paip retikulasi dari Pekan Sangan ke Rh Unyang, Rh Ngaying, Rh Jampi dan Rh Tedong. 

Perkara ini dimaklumkan semasa berlangsungnya makmal kajian berkaitan projek tersebut yang telah diadakan bermula 7 hingga 9 Mac di Park City Everly Hotel di sini pada Khamis.

Makmal kajian ini melibatkan pegawai-pegawai dari Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bintulu, Pejabat Daerah Tatau, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,  Kementerian Ekonomi Malaysia, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi,  Ibu Pejabat JBALB, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu, Sarawak Energy Bhd, Jabatan Tanah dan Survei dan Lembaga Sungai Sungai Sarawak.-Edisi UKAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *