Jambatan Baru Bandar Lawas Dijangka Siap Jun 2025

UKAS  > Edisi-Utara >  Jambatan Baru Bandar Lawas Dijangka Siap Jun 2025
0 Comments

SABTU, 11 MAC 2023

LAWAS: Projek Jambatan Baru Bandar Lawas dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan Jun 2025. 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin dengan keupayaan kontraktor untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh tersebut. 

“Setakat ini kelewatan adalah di dalam empat peratus tetapi kita akan berusaha untuk mengejarnya. 

“Mereka mempunyai aset dan tenaga kerja yang mencukupi, malahan lebih daripada apa yang sepatutnya dilaksanakan,” ujar beliau ketika melawat tapak projek tersebut pada Jumaat. 

Menurut beliau, dua penyebab kelewatan projek tersebut adalah penempatan semula utiliti dan keadaan tanah yang tidak dijangka. 

Tambah beliau, jambatan ini adalah antara rangkaian untuk melengkapkan lebuhraya pantai utara dan juga sebahagian daripada Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR). 

“Hal ini akan meningkatkan lagi kecekapan dan perhubungan jalan raya yang ada di Lawas. 

“Paling penting membuka peluang untuk kita membangunkan dan merancang cara untuk mengembangkan Bandar Lawas,” dedahnya lagi. -Edisi UKAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *