Ir Yusuf Santuni Penduduk Rumah Panjang Dadat Punju

UKAS  > Edisi-Tengah >  Ir Yusuf Santuni Penduduk Rumah Panjang Dadat Punju
0 Comments

SABTU, 11 MAC 2023

TANJONG MANIS: Ahli Parlimen Tanjong Manis Ir Yusuf Abd Wahab meluangkan masa menyantuni penduduk Rumah Panjang Dadat Punju sempena program Pemimpin Bersama Rakyat pada Sabtu.

Ia selepas beliau menghadiri majlis Perasmian Hari Tanjong Manis yang diadakan pada sebelah pagi.

Pelbagai aktiviti diadakan oleh penduduk seperti senamrobik, sukaneka dan cabutan nama bertuah bagi memeriahkan lagi program.

Semasa program, Ir Yusuf menasihati semua penduduk agar terus aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh rumah panjang masing-masing bagi mengukuhkan hubungan sesama penduduk.

Bagi isu air bersih yang dibangkitkan oleh penduduk, Ir Yusuf memaklumkan bahawa ia telah dibangkitkan terus kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi ketika lawatan kerja beliau pada bulan lepas.

Lawatan kerja sambil beramah mesra dengan penduduk sememangnya sentiasa dilakukan oleh Ir Yusuf apabila ada kelapangan agar rakyat di kawasan Parlimen Tanjong Manis berasa dekat dengan pemimpin.

Penglibatan semua penduduk di rumah panjang dalam apa-apa jua aktiviti yang dilakukan membuktikan bahawa kerjasama antara penduduk cukup baik.

Di samping itu program seperti ini juga membuka peluang penduduk untuk bersua muka dengan pemimpin serta meluahkan segala isu yang hendak dibangkitkan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *