Kerajaan Umum Peruntukan Khusus RM600 Juta Kepada PKS Sabah & Sarawak

UKAS  > Uncategorized >  Kerajaan Umum Peruntukan Khusus RM600 Juta Kepada PKS Sabah & Sarawak
0 Comments

JUMAAT, 10 MAC 2023

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memberi peruntukan khas sebanyak RM600 juta khusus kepada komuniti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah dan Sarawak.

Penambahan bagi peruntukan Belanjawan 2023 itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas meneliti keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga seperti yang dibangkit oleh beberapa Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri itu.

Katanya, peruntukan tersebut akan diagihkan dalam bentuk dana pinjaman mikro dan kemudahan jaminan pinjaman.

“Untuk Sabah dan Sarawak, saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga.

“Oleh itu sukacita diumumkan kerajaan akan menyediakan peruntukan khusus untuk komuniti PKS Sabah dan Sarawak dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM100 juta tambahan dan kemudahan jaminan pinjaman PKS dari bank sebanyak RM500 juta,”katanya.-Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *