28 Murid Tahun 1 Di Bukit Assek Terima Bantuan Sekolah

UKAS  > Edisi-Tengah >  28 Murid Tahun 1 Di Bukit Assek Terima Bantuan Sekolah
0 Comments

RABU, 15 MAC 2023

SIBU: Seramai 28 orang murid yang akan memasuki darjah satu telah menerima sumbangan bantuan beg sekolah dan alat tulis melalui Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bukit Assek.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng Jin Ek di Pusat Khidmat SUPP pada Selasa.

Dalam pada itu, bantuan ini diberikan kepada murid dari keluarga kurang berkemampuan iaitu golongan  B40 dan ke bawah serta ibu bapa atau penjaga yang mendaftar sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek. 

Joseph berharap dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kemudahan  sekolah untuk anak-anak mereka.  

Turut hadir Pengerusi SUPP Bukit Assek Dato Chieng Buong Tuong serta ibu bapa pelajar.-EDISI UKAS 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *