Dato Sri Abdul Karim Ketuai Rombongan Sarawak Ke UNWTO

UKAS  > Edisi-Selatan >  Dato Sri Abdul Karim Ketuai Rombongan Sarawak Ke UNWTO
0 Comments

KHAMIS, 16 MAC 2023

KUCHING: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah telah mengetuai rombongan Sarawak ke Ibu Pejabat Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) di Madrid, Sepanyol pada Rabu.

Ini merupakan lawatan yang pertama oleh Kerajaan Sarawak ke UNWTO untuk meneroka peluang untuk bekerjasama dengan UNWTO terutamanya mengenai inisiatif pelancongan bertanggungjawab, dasar dan amalan pelancongan mampan, risikan pemasaran pelancongan, pengurusan data pelancongan, dan pembinaan kapasiti untuk industri pelancongan di Sarawak.

Dalam satu kenyataan media, lawatan kerja ini telah mengukuhkan hubungan dan perkongsian antara Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) dan UNWTO dalam jangka panjang dan mempercepatkan pemulihan pelancongan di Sarawak.

Selain itu, ia juga berjaya memperkenalkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang bertanggungjawab dan destinasi utama untuk acara eko-pelancongan dan perniagaan di Asia Tenggara yang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid 2030 (PCDS 2030).

UNWTO juga mengesyorkan bahawa Dato Sri Abdul Karim dan Persatuan Penyelidik Sarawak menyertai sesi ke-25 Perhimpunan Agung UNWTO yang akan datang dan Suruhanjaya Asia Pasifik-Suruhanjaya Asia Selatan Ke-35 (CAP-CSA) di Kemboja.

Tambahnya, UNWTO akan turut mengambil bahagian dalam Sarawak International Conference of Responsible Tourism and Hospitality (ICRTH) 2023 di Bagor, Indonesia sebagai usaha bersama untuk memacu pelancongan yang bertanggungjawab untuk pembangunan mampan. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *