850 Sertai Larian Kesihatan Maksak Di Sibu

UKAS  > Edisi-Tengah >  850 Sertai Larian Kesihatan Maksak Di Sibu
0 Comments

SABTU, 18 MAC 2023

SIBU: Kira-kira 850 peserta menyertai program Larian Kesihatan Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) di Dataran Tunku Haji Bujang pada Sabtu yang diketuai Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Sibu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu itu bertujuan mempromosikan gaya hidup yang sihat bersempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Acara dimulakan dengan senaman aerobik seawal jam 7 pagi dan diteruskan dengan larian yang bermula dari Dataran Tun Tuanku Bujang sejauh 5 kilometer melalui Jalan Tun Abang Haji Openg.

Turut serta ialah Timbalan Setiausaha Sarawak Datu Buckland Bangik, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr. Annuar Rapaee, Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Samuel Simon, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Semawi Mohamad dan Pemanca Datuk Jason Tai.

Peserta yang berjaya menamatkan larian menerima medal dan sijil penghargaan. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *