Martin Ben Tinjau Projek Siap Di Kampung Kranji Atas & Kampung Kranji Baroh

UKAS  > Edisi-Selatan >  Martin Ben Tinjau Projek Siap Di Kampung Kranji Atas & Kampung Kranji Baroh
0 Comments

SABTU, 18 MAC 2023

SERIAN: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben meluangkan masa melawat ke Kampung Kranji Atas dan Kampung Kranji Baroh, di sini pada Jumaat.

Dalam lawatan kerjanya itu, beliau meninjau keadaan projek perparitan dan jalan pertanian yang telah siap di kedua-dua kawasan tersebut.

Martin yang diiringi Tuai Rumah Kampung Kranji Atas, Sipuron Bitong dan Tuai Rumah Kampung Kranji Baroh, Nanang Bitong mengambil maklum segala maklumat berhubung projek berkenaan termasuk beberapa cadangan pembangunan yang telah disuarakan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup itu, dana sebanyak RM150,000 telah diperuntuk di bawah RTP 2023 bagi menambah baik atap Dewan Kampung Kranji Atas.

Selain itu tambahnya, terdapat dua projek lagi telah diluluskan iaitu sistem perparitan kampung berjumlah RM100,000 dan projek menambah baik ruai Kampung Kranji Baroh berjumlah RM130,000.

Justeru, Martin berharap dengan adanya kemudahan asas seumpamanya yang disediakan kerajaan, penduduk di kedua-dua kampung berkenaan dapat sentiasa bekerjasama menjaga kebersihan dan keselamatan kampung dengan sebaiknya.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ahli Majlis Daerah Serian Kaunselor Bill Thomas Junggu, Bendahari Ahli Jawatankuasa (AJK) Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kedup Patrick Miden dan Penghulu Kawasan Kedup Jambeng Sorak. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *