Program Jelajah Misi Akademik UiTM Cawangan Sarawak Di Sarikei

UKAS  > Edisi-Tengah >  Program Jelajah Misi Akademik UiTM Cawangan Sarawak Di Sarikei
0 Comments

ISNIN, 20 MAC 2023

SARIKEI: Program Jelajah Misi Akademik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak telah mendapat sambutan baik dari bakal calon serta lepasan SPM yang diadakan di Sarikei Innovation Centre (SIC) pada Isnin.

Program ini bertujuan memberi pencerahan kepada bakal calon mengenalpasti program yang mereka minati serta membuat pilihan tepat dalam pelbagai pilihan program yang ditawarkan samada Pra-Diploma, Diploma mahupun peringkat Ijazah.

Menurut jurucakap program Mohd Noor Asraff, melalui program yang diadakan ini semua calon diberi pendedahan awal supaya mereka dapat membuat persediaan awal dan fokus terhadap apa yang telah mereka sasarkan dalam pelajaran.

Program ini akan diadakan secara berterusan di seluruh negeri untuk memberi peluang kepada anak-anak Sarawak menggunakan peluang yang disediakan ini sehingga tarikh tutup permohonan UPU.

Kelebihan program ini ialah calon boleh tahu secara dekat tentang apa aliran akademik yang ditawarkan oleh UiTM Cawangan Sarawak.

Dalam program ini juga, calon-calon dinasihatkan agar mengisi maklumat SPM serta peribadi yang diperlukan dengan betul dan lengkap supaya permohonan mereka tidak ditolak.

Melalui data yang diperolehi sepanjang program, hampir semua calon layak masuk ke UiTM dengan adanya program Pra-Diploma yang dahulunya dikenali sebagai ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’ (MDAB) yang mensasarkan calon SPM yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan.

Untuk program Pra-Diploma selama enam bulan ini, kelayakan minima ialah mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, lulus Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah seterusnya layak menyambung ke peringkat Diploma dalam aliran Sastera selama tiga tahun. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *