Wanita Pendukung Sebuah Keluarga: Lidam Assan

UKAS  > Edisi-Tengah >  Wanita Pendukung Sebuah Keluarga: Lidam Assan
0 Comments

ISNIN, 20 MAC 2023

KAPIT: Golongan wanita adalah pendukung utama dalam sesebuah keluarga, jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.

Katanya, wanita juga harus diberikan keutamaan dalam semua aspek.

Dalam hal ini tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab kaum lelaki dalam memperkasakan serta melindungi kaum wanita.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Wanita Satawak 2023 (HW23) Embrance Equity Daerah Song di Perkarangan Pejabat Daerah Song pada Jumaat. 

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada wanita yang telah melahirkan dirinya termasuk hadirin yang lain.

“Hari ini kita akan memperkasakan wanita dari segi pendidikan, politik dan kerjaya kerana pada hari ini wanita mempunyai peluang sama rata dengan lelaki untuk berkembang dalam tiga bidang tersebut,” katanya. 

Katanya, pengorbanan wanita mestilah dihargai dalam membentuk sebuah institusi keluarga yang berjaya. 

“Oleh yang demikian kerjasama semua pihak amatlah diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Beliau turut bercadang supaya Sambutan Hari Wanita pada tahun hadapan disambut dengan lebih meriah dengan pelbagai aktiviti. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *