Padang Futsal Piasau Utara Dinaik Taraf

UKAS  > Uncategorized >  Padang Futsal Piasau Utara Dinaik Taraf
0 Comments

RABU, 22 MAC 2023

MIRI: Sebuah padang futsal kecil yang sering digunakan oleh penduduk di Piasau Utara di sini akan dinaik taraf.

Datuk Bandaraya Miri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang berkata, kerja naik taraf prasarana ini akan memberikan tempat rekreasi yang lebih baik kepada penduduk setempat.

“Ini sekaligus memberikan lapangan latihan yang baik untuk generasi muda serta membantu mereka membina budaya sosial dan persekitaran yang sihat dan mesra,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyaksikan penyerahan projek berkenaan oleh pegawai jabatan kejuruteraan kepada kontraktor bersama-sama dengan Ketua Pemuda SUPP Pujut, Kelvin Hii Shin Yang di Padang Futsal Piasau Utara di sini pada Selasa.

Projek berkenaan menelan kos sebanyak RM150,000 yang bermula pada awal Mac dan dijadualkan siap pada akhir Mei.

Tidak hanya memperbaharui padang lama, malah projek itu akan dipasangkan dengan pagar hampir empat meter, pencahayaan malam yang mencukupi dan saluran air yang sempurna.

Projek menaik taraf padang futsal tersebut merupakan cadangan Adam Yii dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) sebagai agensi pelaksana. -Edisi UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *