Pembinaan Pembetung Beri Keselesaan Penduduk Kampung Mujat & Kampung Mentu Pondok

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pembinaan Pembetung Beri Keselesaan Penduduk Kampung Mujat & Kampung Mentu Pondok
0 Comments

KHAMIS, 23 MAC 2023

SERIAN: Pengguna jalan perhubungan desa khasnya Penduduk Kampung Mujat dan Kampung Mentu Pondok di daerah Tebedu bakal mendapat kemudahan selepas selesainya pembinaan pembetung di kawasan tersebut pada masa depan.

Difahamkan, tiga lokasi telah dikenalpasti oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian bagi pembinaan pembetung itu yang bermula pada 22 Mac lepas.

Pembinaan pembetung ini menelan kos sebanyak RM97,000 dan dijangka disiapkan pada 16 Julai 2023.

Dalam pada itu, satu menandatangani setuju terima projek antara JKR Bahagian Serian selaku agensi pelaksana dan kontraktor yang dilantik telah diadakan pada Isnin.

Selepas itu, pihak JKR Bahagian Serian juga meninjau dua lokasi bagi pembinaan pembetung di Jalan Tong Nibong dan Jalan Empessa di kawasan Antayan.

Projek pembinaan pembetung tersebut bermula pada 17 Mac dan dijangka disiapkan pada 16 Jun 2023 dengan kos sebanyak RM120,000. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *