GKCDA Anjur Program Balai Ringin Sub District Mini Lab

UKAS  > Edisi-Selatan >  GKCDA Anjur Program Balai Ringin Sub District Mini Lab
0 Comments

KHAMIS, 23 MAC 2023

SERIAN: Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) telah menganjurkan program Balai Ringin ‘Sub District Mini Lab’ bagi membuat perancangan untuk memajukan kawasan di Daerah Kecil Balai Ringin.

Simbolik perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan di Serian pada Rabu.

Program tersebut bertujuan bagi membuat perancangan secara menyeluruh bersama ketua masyarakat dan ketua kaum bagi berkongsi pendapat dengan agensi agensi tertentu.

Sementara itu, Datuk Snowdan berkata, sebanyak 40 peratus kawasan DUN Balai ringin adalah di bawah GKCDA dan 60 peratus di bawah Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA).

“Balai Ringin mempunyai fasiliti yang cukup lengkap seperti sekolah menengah,sekolah rendah, kem tentera, klinik kesihatan, pasar, masjid dan dewan yang layak untuk menjadi daerah penuh pada masa akan datang.

“Kita perlu mempunyai pandangan jauh dalam memajukan kawasan selain daripada kawasan kampung,” katanya.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Pegawai Tadbir Khas GKCDA, Datu Ik Pahon Joyik

, Pengarah Executive Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Timbalan Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph dan Pegawai Daerah Serian, Lim Hock Meng.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *