Persiapan Pelancaran Logo, Lagu, Laman Web & Kalender Acara Sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Berjalan Lancar

UKAS  > Edisi-Selatan >  Persiapan Pelancaran Logo, Lagu, Laman Web & Kalender Acara Sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Berjalan Lancar
0 Comments

KHAMIS, 23 MAC 2023

KUCHING: Persiapan dan persediaan pelancaran logo, lagu, laman web dan kalender acara sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang akan berlangsung di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Jumaat berjalan lancar.

Tinjauan yang dilakukan semasa sesi raptai pada Khamis mendapati kerja-kerja pemasangan pentas utama, tempat duduk tetamu jemputan, ujian audio serta yang lain sedang giat dijalankan.

Pelancaran sambutan kali ini akan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Dato Sri Abdul Karim akan dibantu oleh Timbalan-Timbalan Menteri yang Bertanggungjawab iaitu Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi), Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan Sarawak), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (Pelancongan), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Belia dan Sukan Sarawak), Dato Gerald Rentap Jabu.

Dalam masa sama, beliau turut dijangka menyempurnakan pelancaran logo, lagu, laman web dan ‘calender of events’ bagi sambutan berkenaan.

Di samping itu, penyampaian replika cek kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo dan Lagu Sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka juga akan diadakan.

Turut dijangka hadir dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta pegawai-pegawai kerajaan Sarawak yang lain. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *