Kerajaan Sarawak Tidak Beli Toyota Mirai, UMW Toyota Beri Sebagai Hargai Insiatif Promosi Tenaga Hijau

UKAS  > Edisi-Utama >  Kerajaan Sarawak Tidak Beli Toyota Mirai, UMW Toyota Beri Sebagai Hargai Insiatif Promosi Tenaga Hijau
0 Comments

JUMAAT, 24 MAC 2023

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak membeli kenderaan jenis Toyota Mirai yang berkuasa hidrogen, sebaliknya ia diberikan oleh UMW Toyota sebagai menghargai inisiatif kerajaan negeri ini untuk mempromosikan tenaga hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan, Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai kemudahan berasaskan tenaga hidrogen.

“Kerajaan negeri tidak membeli tetapi memandangkan negeri ini adalah satu-satunya negeri yang mempunyai kemudahan hidrogen, UMW Toyota memberikan kenderaan jenis Toyota Mirai kepada kerajaan Sarawak.

“Ini bagi mempromosikan tenaga hijau kerana Sarawak adalah penggalak utama tenaga hijau,” katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp rasmi Pejabat Premier Sarawak pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan yang membidas kerajaan negeri kerana mendapatkan Toyota Mirai berkuasa hidrogen berteknologi tinggi baharu untuk tiga Timbalan Premier Sarawak baru-baru ini.

Premier Sarawak turut menerima kenderaan jenis sama pada Januari lepas. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *