Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Landasan Wakil Rakyat Berinteraksi Bersama Masyarakat Akar Umbi

UKAS  > Edisi-Selatan >  Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Landasan Wakil Rakyat Berinteraksi Bersama Masyarakat Akar Umbi
0 Comments

SELASA, 25 APRIL 2023

LUBOK ANTU:  Majlis pemimpin bersama rakyat merupakan landasan terbaik bagi wakil rakyat bertemu dan berinteraksi bersama masyarakat akar umbi.

Timbalan Menteri Perdagangan, lndustri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh berkata, progam seumpamanya juga penting wakil rakyat boleh menerangkan pelbagai inisiatif dan dasar-dasar kerajaan secara terus dengan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai itu menegaskan, masyarakat akar umbi juga boleh mengutarakan pelbagai masalah yang dihadapi kepada wakil rakyat untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Pemimpin Madani Bersama Rakyat di Rumah Panjang Tr Tunai Brandah, Nanga Bengap di sini baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Datuk Dr Malcolm memberitahu, program keusahawanan dan koperasi yang ditubuhkan di peringkat rumah panjang dan zon perlu direbut oleh masyarakat luar bandar.

Katanya, ini kerana kawasan  Lubok Antu khasnya Batang Ai mempunyai potensi dalam eko-pelancongan sekaligus memberi pendapatan tambahan kepada penduduk tempatan.

Dalam majlis sama, beliau telah meluluskan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM50,000 untuk JKKK Nanga Bengap dan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM5,000 untuk koperasi Wong Lueh dan RM10,000 JKKK Nanga Bengap.

Selain itu, Persatuan Tuai Rumah menerima RM20,000 dan Biro Wanita Nanga Bengap menerima RM5,000.-EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *