Projek RTP, MRP Ubah Wajah Kampung Benawa Baram

UKAS  > Edisi-Selatan >  Projek RTP, MRP Ubah Wajah Kampung Benawa Baram
0 Comments

ISNIN, 8 MEI 2023

MARUDI: Kampung Benawa Baram, di sini telah mengalami pelbagai perubahan hasil dari pelaksanaan pelbagai Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil antara kemudahan-kemudahan yang dapat dilihat di situ ialah bekalan elektrik menggunakan solar, menara telekomunikasi, dewan sebaguna, jalan raya dan pembinaan surau.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat berfikir matang sebelum memilih wakil rakyat kerana ianya akan memberikan impak kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah kampung.

Tambah beliau, kerjasama antara penduduk dan wakil rakyat kawasan amat perlu supaya kesinambungan pembangunan di Kampung Benawa dapat diteruskan.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Ziarah Raya Kampung Benawa Baram yang dihadiri kira-kira 300 penduduk setempat pada Ahad.

Turut hadir Pegawai Tadbir Sarawak Fazzwan Yunus, Ketua Masyarakat Melayu Kawasan Marudi Pemanca Jamel Sabel, Ketua Kaum Kampung Benawa Hasbi Sulaiman, Ketua Polis Daerah Marudi DSP Ruslan Mat Kib dan Pengerusi Majlis Daerah Marudi Encik Edward Mendai. – EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *