Kampung Sikog Terima Geran RTP RM700,000

UKAS  > Edisi-Selatan >  Kampung Sikog Terima Geran RTP RM700,000
0 Comments

AHAD, 28 MEI 2023

PADAWAN: Sebanyak RM700,000 telah diluluskan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2023 untuk Kampung Sikog di sini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) Sarawak Datuk Dr Jerip Susil memberitahu, peruntukan tersebut adalah bagi projek pembangunan di Kampung Sikog di mana sebanyak RM250,000 telah diluluskan untuk membina baharu jalan pertanian ke kawasan Air Terjun Bean Gong.

“Selain itu, sebanyak RM250,000 diluluskan untuk penyambungan bekalan air bersih ke kawasan Pas dan sebanyak RM200,000 lagi untuk menaik taraf jalan dalam kampung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pra Gawai Kampung Sikog di sini pada Sabtu.

Tambahnya, peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 telah diluluskan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Sikog bagi menjalankan aktiviti tahunan.

Dalam majlis sama, Datuk Dr Jerip menyerahkan Sijil Pelantikan Ketua Kaum Kampung Sikog kepada Ketua Kaum Kampung Sikog baharu iaitu Takok Saon.

Sambutan Pra Gawai tersebut diraikan meriah oleh penduduk setempat dengan persembahan kebudayaan, pertandingan Anak Gawai dan Sindok Gawai serta acara Bipajak Bisamah (Makan Serumpun).

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Khas Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Pemanca Raymond Jihap, Penghulu Dolik Sembong, Penghulu Tora Joseng, Penghulu Paul Wayn dan Penghulu Rejen. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *