JKKK Kampung Serasot 1&2 Terima Geran MRP

AHAD, 28 MEI 2023

BAU: Sebanyak RM50,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diluluskan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak Dato Henry Harry Jinep kepada komuniti kampung Serasot bagi menyokong aktiviti tahunan di kampung itu.

“Peruntukan MRP itu bagi tahun 2023 adalah kepada Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Serasot 1 dan JKKK Kampung Serasot 2 sebanyak RM10,000 masing-masing,” jelasnya pada Program Malam Mesra Gawai Tahun 2023 di Dewan Sebaguna Serasot pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, peruntukan sebanyak RM10,000 masing-masing juga telah diluluskan kepada Pertubuhan Pembangunan Wanita Sarawak (PPWS) Serasot dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Serasot.

Dalam pada itu, sebanyak RM10,000 turut diperuntukkan bagi mengadakan Kejohanan Pertandingan Futsal Zon Jagoi pada tahun ini.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Bau Constantine Gerald David Jones, Penghulu Sumy Lidei, Ketua Kaum Kampung Serasot 1 Delly Gupem dan Ketua Kaum Kampung Serasot 2 Reben Nerot. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia