Pemasangan Papan Tanda Tingkat Kemudahan Pengguna Jalan Balak Di Telang Usan

UKAS  > Edisi-Utara >  Pemasangan Papan Tanda Tingkat Kemudahan Pengguna Jalan Balak Di Telang Usan
0 Comments

AHAD, 17 SEPTEMBER 2023

TELANG USAN: Perjalanan seharian penduduk tempatan terus dipermudahkan dengan pemasangan papan tanda di beberapa persimpangan jalan pembalakan di daerah Telang Usan hasil inisiatif Jabatan Hutan Sarawak.

Antara lokasi-lokasi yang telah ditandakan untuk kemudahan orang ramai adalah simpang ke Long Lama, Long Wat, Long Atip, Long Bedian dan Long Bemang.  

Inisiatif tersebut dilaksanakan di bawah Kelab Foressa, Jabatan Hutan dengan memanfaatkan dana yang disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Dennis memberitahu, inisiatif menandakan simpang kampung khususnya di daerah Telang Usan amat penting dan perlu diteruskan bagi membantu pengguna jalan raya terutamanya mereka yang baru mengenali serta menggunakan jalan balak di situ.

“Sekarang, jalan balak ini kerap digunakan oleh orang ramai termasuk kakitangan awam yang bertugas di kawasan luar bandar.

“Penandaan simpang jalan ini sekurang-kurangnya dapat membantu untuk melancarkan lagi perjalanan para pengguna,” katanya dalam Majlis Perasmian Papan Tanda Kampung dan Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 di Perkarangan Masjid Darussalam Belarek Long Lama di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Hutan Wilayah Miri Asan Odau dan Pengerusi OUNA Dato Abu Bakar Abdullah. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *