Sambutan Hari Malaysia Peluang Erat Perpaduan Komuniti Salako Rara

UKAS  > Edisi-Selatan >  Sambutan Hari Malaysia Peluang Erat Perpaduan Komuniti Salako Rara
0 Comments

AHAD, 17 SEPTEMBER 2023

LUNDU: Komuniti Salako Rara di sini diseru agar terus mengeratkan perpaduan antara satu sama lain. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang berkata, agenda perpaduan sesama komuniti minoriti itu harus diutamakan selaras dengan mesej yang disampaikan menerusi sambutan Hari Malaysia pada tahun ini. 

Beliau berkata demikian semasa melakukan sepak mula bagi Pertandingan Futsal Salako Rara Piala YB Billy Sujang di Padang Futsal Kampung Biawak, Lundu pada Sabtu. 

Sebanyak 16 pasukan futsal dari kawasan Salako Rara di daerah Lundu dan daerah kecil Sematan telah menyertai pertandingan tersebut.  

Billy memberitahu, melalui pelaksanaan aktiviti seumpamanya, para belia bukan saja mendapat manfaat dari aktiviti sukan malahan mampu mengelakkan daripada terjerumus dengan gejala yang tidak sihat. 

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan cek peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Rara Salako (PERASA).

Turut hadir Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani, Pengerusi Persatuan Rara Salako, Robert Umping, Pemanca Allen Manium Enggang, Penghulu Kutong Enggang dan Ketua Kaum (KK) Kampung Biawak,  Linang Juki. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *