Pertandingan Futsal Pesta Simunjan 2023 Berlangsung Meriah

UKAS  > Edisi-Selatan >  Pertandingan Futsal Pesta Simunjan 2023 Berlangsung Meriah
0 Comments

AHAD, 17 SEPTEMBER 2023

SIMUNJAN: Pertandingan Futsal Pesta Simunjan 2023 telah berlangsung meriah dengan beberapa kateogri dipertandingkan di Arena Sri Nancy di sini pada Sabtu.

Pasukan Den Construction muncul juara bagi Pertandingan Futsal Pesta Simunjan 2023 bagi kategori lelaki manakala pasukan ASFT menduduki tempat kedua dan Nazhet B serta Boiler FC masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Perlawanan akhir antara Den Construction dan ASFT diakhiri dengan keputusan 1-1 yang mengheret perlawanan ke sepakan penalti, yang mana pada kesudahannya Den Construction berjaya menewaskan ASFT dengan jaringan 4-3.

Hasil kemenangan tersebut membolehkan pasukan Den Constriction membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala dan medal.

ASFT pula menerima wang tunai RM3,000 selain piala dan medal manakala tempat ketiga dan kempat masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000 berserta piala dan medal. 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Sementara itu, bagi kategori wanita pula, pasukan AMK Infinity telah dinobatkan sebagai johan setelah menewaskan pasukan Tibak Baok B.

Sebagai johan, AMK Infinity menerima wang RM2,0000 berserta piala dan medal manakala Tibak Baok B membawa pulang wang tunai RM1,000 selain piala dan medal.

Penyampaian hadiah bagi kategori wanita ini telah disempurnakan oleh isteri kepada ADUN Simunjan, Napsiah Abang Kaderi.

Selain itu, pasukan Tabuan Vat A telah dinobatkan sebagai johan bagi kategori veteran setelah menewaskan pasukan Vet Den.

Tabuan Vat A membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta piala dan medal manakala naib johan menerima RM2,000 selain piala dan medal di mana penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Simunjan, Mohd Raili Jawawi.

Pertandingan ini merupakan anjuran Saberkas Cawangan Simunjan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Emmanuel Samarahan.

Turut hadir, Pengerusi Pengelola Pertandingan Futsal Pesta Simunjan, Kaunselor Mohammad Zaini Morshidi. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *