14 OKTOBER 2023

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 1,447 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Sambutan Hari Jadi Ke-87, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu adalah penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A.) yang membawa gelaran ‘Datuk Amar’.

Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ pula dianugerahkan kepada sembilan penerima iaitu Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikei Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki, Datuk Mohd Naroden Majais, Datu Abdul Ghafur Shariff dan Dr Qamarul Naim Mohd Faizal.

Sementara itu, seramai 12 penerima lagi menerima Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Maclaine Ben @ Martin Ben, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak, Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Ricky @ Mohamad Razi Sitam, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad, Datu Sharbini Suhaili, Jawan Empaling, Khalid Ghanim Mahammed Alghaith dan Dr Merve Kavakci.

Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) yang membawa gelaran ‘Datu’ pula dianugerahkan kepada 11 penerima iaitu Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri, Hajah Hasmawati Sapawi, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Azmi Bujang, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Chiew Chee Yau, Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak, Felicia Tan Ya Hua, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Lester Matthew, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir. Richard Tajan, Akauntan Negeri Sarawak, Hajah Elean Masa’at, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Haji Khalidi Ibrahim, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Dr Adrian Susin Ambud dan Residen Bahagian Sibu, Wong Hee Sieng.

Dalam pada itu, seramai 21 penerima lagi dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) yang membawa gelaran ‘Dato’.

Mereka ialah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Lukanisman Awang Sauni, Setiausaha Persekutuan Sarawak, Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau, ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Kitang, Ir.Lo Khere Chiang, Mohamad Trang Isa, Abdul Rahman Sebli Senusi, Abang Shamsuddin Abang Seruji, Mohamad Ibrahim, Major General Hassan Embong, Abang Affendi Abang Annuar, Halmi Hazmi, Dr Sadiah Abd Samat, Dr Kalwinder Singh Khaira, Syed Mohd Hussain Wan Abdul Rahman, Dr Yeo Tiong Chia, Temenggong Harrison Lading Lunsa, Lt Kol (B) Anwar Basha Khan Zakaria, Janin Girie, Alhadi Ibrahim dan Abang Noordin Abang Zainuddin.

Selain itu, seramai dua orang menerima pingat Johan Bintang Sarawak (J.B.S.), lima orang menerima Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) dua penerima Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C.), 19 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), 36 penerima Pingat Perwira Negeri (P.P.N)(Gangsa), 51 menerima Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.), 105 Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.), 182 Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.), 196 Ahli Bintang Sarawak (A.B.S.), 124 Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K.), 372 Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.) dan 299 orang menerima Bentara Bintang Sarawak (B.B.S.).-EDISI UKAS

add comment