KHAMIS, 30 NOVEMBER 2023

SEBUYAU: Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (SDO) Sarawak bersama Pejabat Daerah Sebuyau dan Pusat Khidmat P.201 Batang Lupar telah mengadakan lawatan ke tiga tapak projek di sini pada Rabu.

Antara tapak projek yang dilawati adalah kerja-kerja menaik taraf Dewan Pembangunan Sebuyau, Dewan Kampung Stika Sebuyau dan Dewan Kampung Sungai Tambai Sebuyau yang dikendalikan oleh SDO Sarawak sebagai agensi perlaksana.

Tujuan lawatan ini diadakan bagi memantau skop dan perancangan kerja di tapak pembinaan bagi memastikan projek dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Ini merupakan projek daripada sumber peruntukan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli untuk tahun 2023.

Turut menyertai lawatan ialah wakil Pegawai Daerah Sebuyau Kelvin Unggin, wakil Pusat Khidmat Batang Lupar Abdul Rahim dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kMpung di kawasan berkenaan. – Edisi UKAS

add comment