Perpaduan Pelbagai Kaum Di Sarawak Harus Dijaga Sebaiknya

UKAS  > Edisi-Selatan >  Perpaduan Pelbagai Kaum Di Sarawak Harus Dijaga Sebaiknya
0 Comments

SABTU, 10 FEBRUARI 2024

LUNDU: Perpaduan pelbagai kaum di Sarawak harus dijaga sebaiknya.

Pengarah Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Hanifudin Roslan berkata, ini kerana perpaduan tersebut akan membawa kepada pembangunan dan kemajuan yang inklusif kepada masyarakat setempat.

Menurut beliau, pendidikan dan ilmu amatlah penting bagi menjaga perpaduan sentiasa terjalin dan utuh.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Seminar Perpaduan Dalam Kepelbagaian di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, Lundu pada Khamis.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak dengan kerjasama UiTM Cawangan Sarawak itu telah dihadiri seramai lebih kurang 90 orang Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Islam dalam daerah Lundu dan daerah kecil Sematan termasuk JKKK masing-masing.

Para peserta bagi program ini telah diterapkan dengan pelbagai maklumat untuk disalurkan kepada masyarakat setempat bagi membantu menjaga keharmonian dan perpaduan kaum khususnya dalam daerah Lundu. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *