290 Unit Rumah Dibina Dengan Kos RM45 Juta Bagi Projek Skim Pembesaran Kampung Sambir

UKAS  > Edisi-Selatan >  290 Unit Rumah Dibina Dengan Kos RM45 Juta Bagi Projek Skim Pembesaran Kampung Sambir
0 Comments

SABTU, 10 FEBRUARI 2024

ASAJAYA: Sebanyak 290 unit rumah dibina dengan kos sebanyak RM45 juta bagi Projek Skim Pembesaran Kampung Sambir.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sebanyak RM5 juta bakal ditambah bagi pembinaan masjid baru yang akan dibina di kawasan tersebut dan menjadikan kos keseluruhan sebanyak RM50 juta.

Menurutnya, sebanyak 960 permohonan telah diterima dan satu jawatankuasa akan ditubuh bagi menapis permohonan bagi Skim Pembesaran Kampung Sambir.

“Permohonan diterima agak banyak memandangkan hanya 290 unit yang dibina bagi projek kali ini dan akan diberi keutamaan kepada penduduk Kampung Sambir yang mendiami kampung berkenaan.

“Saya berharap bagi permohonan yang tidak diterima agar bersabar dan menunggu projek Skim Pembesaran Kampung yang akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Sesi Dialog Skim Pembesaran Kampung Sambir Bersama ADUN N.15 Asajaya di Perkarangan Masjid Darul As-Solihin Kampung Sambir, Asajaya, pada Jumaat.

Dato Sri Abdul Karim menambah, selain daripda penambahan pembinaan masjid baru, Kompleks Sukan Kampung Sambir (Arena Sambir Bestari) serta padang bola sepak juga akan dibina dan telah pun diluluskan dengan kos sebanyak RM14 juta.

Beliau juga memberitahu permasalahan jalan menuju ke tanah perkuburan yang sempit akan diselesaikan dengan kos sebanyak RM10 juta dan akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Dalam program sama, beliau turut menyampaikan cek berjumlah RM60,000 kepada Kelab Bola Sepak Kampung Sambir bagi penganjuran Pesta Bola Sepak Kampung Sambir pada Aidilfitri nanti dan juga RM40,000 kepada Kelab Zikir Kampung Sambir bagi tujuan mengadakan pertandingan serta program-program zikir.

Turut hadir, Pengarah Tanah Dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi, Pegawai Daerah Asajaya, Rais Ahmat, Penguasa Jabatan Tanah Dan Survei Bahagian Samarahan, Mohammad Zunica Mohammad Sapi’ee dan Penghulu Kampung Sambir, Lapok Japar. -EDISI UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *