Lebih 1,000 Peserta Telah Mendaftar Senaman Cergas 1 Kenyalang
KUCHING: Sambutan terhadap program Senaman Cergas 1 Kenyalang amat menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta telah mendaftar untuk menyertai program tersebut yang akan berlangsung pada 11 Oktober nanti.
Program tersebut bakal menampilkan pelbagai aktiviti kecergasan seperti aerobik, Zumba dan aerodance.
Program berkenaan akan diadakan dari jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, bersempena Kuching Car Free Morning dan WAK Festival Kuching Celebration.
Dengan pendaftaran akan ditutup pada 10 September, orang ramai yang masih belum mendaftar digesa berbuat demikian dengan segera bagi memastikan penyertaan mereka.
Yuran penyertaan ditetapkan sebanyak RM25 termasuk baju-T rasmi, manakala RM12 bagi penyertaan tanpa baju-T. -EDISI UKAS